Monday, May 7, 2012

Peringatan Kepada Pembuat Dasar

Dipetik daripada buku 'Pertentangan Islam dan Sekular' tulisan Dr. Yusuf al-Qardhawi


Seseorang Muslim yang menerima sekular-walaupun dia hanya sebagai seorang penganut sekular yang sederhana sekalipun- adalah berada di pihak yang menentang Islam, khususnya dalam perkara yang berkaitan dengan berhukumkan syariah yang dibawa oleh Kitab Allah dan sunnah RasulNya.
Seorang Muslim yang menerima Sekular, atau menyeru kepadanya- walaupun dia bukan seorang Atheis yang menolak kewujudan Allah, mengingkari wahyu dan hari akhirat- mungkin Sekularnya itu akan membawa kepada kufur yang nyata. Wal iyazubillah. Ini disebabkan dia telah mengingkari perkara yang diketahui daripada agama secara jelas seperti pengharaman riba, zina, meminum arak, ataupun kewajiban zakat, melaksanakan hudud atau yang selainnya daripada perkara-perkara qat'ie diijmakkan oleh umat, juga disabitkan secara mutawatir yang diyakini dan tiada keraguan padanya.
Bahkan seorang Sekular yang menolak prinsip berhukum dengan syariah daripada asasnya, hanyalah Islam dari sudut namanya sahaja sedangkan dia sebenarnya telah terkeluar daripada Islam secara yang diyakini dan dia wajib diminta bertaubat, dihapuskan keraguan daripadanya dan ditegakkan hujah kepadanya agar dia kembali semula kepada Islam. Kalau tidak maka mahkamah boleh menghukun murtad terhadapnya dan pengambungan dirinya dengan Islam ataupun dilucutkan daripadanya gelaran sebagai seorang Muslim. Dia mesti dipisahkan daripada isteri dan anak-anaknya dan dijalankan ke atasnya hukum orany yang murtad dan terkeluar daripada agama dalam kehidupan di dunia dan selepas kematiannya.